EMAS HITAM - Resepi Menternak Cacing Tanah Untuk Buat Duit
Assalamualaikum,
Salam Mesra,
Kepada sesiapa yang ingin menternak cacing ataupun sudah memulakan penternakan cacing, saya ingin mencadangkan anda membaca buku yang ditulis oleh saudara Mohamad Saat Sukami yang bertajuk EMAS HITAM- Resipi Menternak Cacing Tanah Untuk Buat Duit.
Saya telah membacanya dan mendapati bahawa buku ini begitu bermanfaat dan penuh dengan teori dan praktikal untuk mereka yang baru-baru nak berjinak dengan penternakan cacing.
Saudara Mohamad Saat sendiri adalah seorang penternak cacing. Beliau juga banyak mendapat tunjuk ajar daripada rakan-rakan yang bergiat aktif di dalam penternakan cacing. Oleh itu, bab-bab yang ditulis sangat-sangat praktikal untuk dilaksanakan kerana ia berdasarkan pengalaman beliau yang sebenar.
"Cacing mempunyai hempedal seperti ayam. Oleh kerana cacing tidak ada gigi dan tidak mempunyai sistem penghadaman yang lengkap secara biologi, ia akan memakan sekali sedikit pasir letika mengambil makanan untuk mengisar makanan yang dihadamnya. Pasir tersebut tidak akan menghadamnya tetapi akan keluar sekali bersama-sama dengan kasting. Ini menghasilkan tanah yang mengandungi bahan organik terurai yang tinggi" - Petikan dari Bab 2 : Mengapa kita Perlukan Cacing Tanah?
Untuk pengetahuan anda juga, buku ini mendapat sokongan daripada AZR Agro Centre yang menaja penulis serta memberi bantuan dari segi teknik dan tips-tips penternakan. Oleh itu, buku ini merupakan buku rujukan terkini bagi kursus-kursus yang dianjurkan oleh AZR Agro Centre.
Bab-bab di dalam buku ini sangat tersusun dan mudah untuk dibaca. Ia juga penuh dengan ilustrasi dan gambar-gambar termasuk gambar membuat rak cacing secara sistematik. Terdapat 222 muka surat dan 16 bab semuanya.
"Lipan bergerak pantas dan sentiasa mencari makanan. Cacing tanah merupakan salah satu makanan kegemarannya. Lipan merupakan haiwan kumpulan anthropods yang tinggal di dalam tanah dan humus. Ia juga boleh ditemui di bawah batu, pelepah dan juga kayu tumbang. Kesemua spesies lipan adalah pemangsa dan ia menggunakan pencengkam berbisanya untuk menangkap, menyengat atau membunuh mangsanya." Petikan daripada Bab 8 - Haiwan-Haiwan Yang Ada Pada Bekas Cacing
Perkara yang paling menarik bagi saya ialah rujukan dari sudut kewangan. Bagaimana perbelanjaan dan aliran tunai bagi penternak yang ingin memulakan perniagaan dan penternakan cacing merah. Contoh yang diberi sangat mudah kerana penulis memulakan kiraan sekadar 2 kilogram cacing merah sebagai permulaan.
Ini sangat praktikal kerana bukan semua di antara kita yang mahu memulakan dengan 100 kg!. Ada yang mahu mula kecil tetapi hasil dan pulangannya besar dari segi jangka panjang.
"Harga medium sebanyak RM 1.80 adalah harga purata anggaran pasaran masa kini. Sekiranya medium dibuat sendiri dengan menggunakan campuran najis lembu dan sabut kelapa, kosnya akan menjadi lebih rendah. Harga sabut kelapa halus (dari kilang) adalah kira-kira RM 4.00 seguni yang mengandungi 6kg setiap guni. Manakala harga tinja lembu (upah memungut dan memasukkan dalam guni) juga RM 4.00 bagi guni seberat 40 kg. Ini memberikan kos setiap kg mediums ebanyak RM 0.32." - Petikan daripada Bab 12 : Menganggar Pendapatan dari Ternakan Cacing Tanah.
Kepada sesiapa yang sudah mula menternak, anda patut membelinya kerana buku ini juga akan memberitahu anda pelbagai tips yang segar seperti bagaimana cara untuk melawan musuh cacing seperti hama dan semut, perangkap-perangkap musuh cacing, apakah makanan-makanan tambahan yang disukai oleh cacing, bagaimana untuk mendapat hasil yang lebih daripada cacing anda dan pelbagai lagi tips menarik.
Malah kepada mereka yang masih tercari-cari samada untuk menceburi atau tidak penternakan ini atau masih tercari-cari perniagaan apa yang anda inginkan, buku ini adalah jawapan kepada persoalan anda. Ia murah, mudah dan cukup berinformasi.
"Oleh kerana cacing adalah haiwan herbivor, maka makanannya mestilah berasaskan sayur-sayuran atau tumbuhan. Sebab itu walaupun ia memakan najis haiwan tetapi hanya najis haiwan herbivor sahaja yang diterima oleh cacing tanah. Najis haiwan pemakan daging seperti kucing tidak diterima langsung. Cacing tanah juga tidak suka makanan dari bahan organik yang mengandungi minyak, lemak, daging, susu, pedas, masam dan masin." - Petikan daripada Bab 6 - Apakah Makanan Cacing.
Saya telah dilantik oleh Sdr Mohamad Saat sebagai wakil penjual buku yang beliau terbitkan sendiri selain daripada AZR Agro Centre dan beberapa lagi wakil penjual.
*HARAP MAAF KAMI KEHABISAN STOCK*
Kepada anda yang berminat untuk membeli buku EMAS HITAM - Resepi Menternak Cacing Tanah Untuk Buat Duit bolehlah membeli daripada saya melalui online.
Harga buku ialah RM 45.00 + RM4.00 caj penghantaran melalui pos. Jumlah : RM 49.00.
Pembayaran boleh dibuat melalui bank transfer ke akaun Ahmad Ghazi b Hj Abd. Hayon Maybank Current Ac : 154080012244
Email bukti pembayaran anda kepada zaws_agro@yahoo.com
Buku akan dipos kepada anda oleh kami dalam masa 5-7 hari daripada tarikh bukti pembayaran diserahkan. Sila sertakan nama penuh anda, alamat surat menyurat dan no hp anda untuk tujuan penghantaran.
*HARAP MAAF KAMI KEHABISAN STOCK*
Wasalam.