TONG SAMPAH MESRA ALAM - BioCom



Tong Sampah BioCom ini diperkenalkan oleh Negara Belanda bagi mengatasi pembuangan bahan organik iaitu kira-kira 60 ke 80% dari bahan sisa pejal yang lain. Ia berupaya untuk mengitar semula bahan organik secara semulajadi dan menukarkannya kepada baja organik. Tong sampah dengan kapasiti 240 liter ini berupaya untuk memproses sisa bahan organik dalam tempoh 2 hingga 4 bulan, bergantung kepada bahan yang dibuang.

Antara bahan yang boleh dimasukkan kedalam tong sampah ini adalah sisa makanan, kertas tisu, rumput, ranting yang dipotong kecil dan sebagainya. Manakala bahan yang tidak sepatutnya dibuang adalah bahan yang diperbuat dari besi, plastik, kaca, tulang, batu, pasir,daging dan sisa lemak yang terlalu banyak kerana dikhuatiri akan menghasilkan bau yang kurang enak.

Tong sampah ini turut disertakan cacing yang dipilih bagi mempercepatkan proses kitar semula serta membantu pengudaraan yang lebih baik di dalam tong sampah ini. Tong sampah ini mempunyai sistem pengudaraan yang baik dan menyebabkan proses semulajadi ini menghasilkan baja organik yang berkualiti tinggi dan tidak menghasilkan bau yang kurang menyenangkan.

Tong sampah ini telah dibeli oleh JPS Pahang sebanyak 75 unit dan akan diagihkan kepada setiap Daerah, MPK,TDA, Majlis Daerah Pekan dan Majlis Daerah Rompin.

JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN
NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR
TINGKAT 8, KOMPLEKS TUN RAZAK,
BANDAR INDERA MAHKOTA
25626 KUANTAN PAHANG DARUL MAKMUR