Kelahiran Anak Cacing

PENDAPAT : Pelaburan BULUH XXX

Izinkan saya memberi pandangan 20 sen saya, agar anda dapat membuat penilaian yang adil, demi kebaikan anda sendiri.

Saya bukan ahli mana-mana parti Buluh dan pendapat yang saya berikan ini, bukan bertujuan untuk menghukum atau menilai mereka secara keterlaluan. Saya hanya berikan pandangan saya agar ia dapat membantu membuka mata dan menyedarkan anda tentang apa yang berlaku.

------------ ---------

Dari apa yang saya lihat dari respond sahabat2 dan info yang saya korek sikit-sikit tentang kes Buluh XXX ini, saya berpendapat "keinginan anda untuk mencari duit dan mencari peluang mudah" telah dimanipulasi dalam strategi pemasaran mereka sahaja.

Ya-lah, kalau saya ingin memasarkan produk IKS saya, contoh kerepek ke, saya kena buat iklan di merata tempat dan ini akan memakan kos yang sangat mahal, lebih lebih jika iklan di buat di tv, radio atau media cetak spt majalah. Tapi oleh kerana saya seorang businessman yang bijak, saya rasa saya boleh gunakan "kelemahan" orang lain, dengan perkenalkan skim "Buluh XXX".

Dalam bisnes, memang saya kena buat iklan. Tapi daripada saya kena tanggung kos pengiklanan, bukankah lebih baik saya suruh "orang desperate" ni bayar duit iklan kat saya untuk beli sticker kereta yang ada iklan saya, dan kemudian saya kasi balik duit mereka sedikit demi sedikit.

Saya caj mereka RM15, saya cakap ni mereka ni jadi promoter iklan bergerak. Boleh dapat PENCEN SEUMUR HIDUP! Orang kita ni, kalau sebut pasal dapat duit berterusan dengan goyang kaki, diaorang suka terlebih-lebih.

Lepas tu, saya kasilah mereka upah RM1 setiap bulan. Duit ni pun, duit mereka jugak sebenarnya! hehehe.

Dengan advance RM15 tu, boleh cover 15 bulan punya kos iklan. Minyak petrol mereka tanggung sendiri, sykt saya tak tanggung apa-apa melainkan kos buat sticker kereta, tapi iklan sykt saya dipromosikan ke merata rata tempat. BIJAK TAK SAYA? hehehehe

Yang bestnya, anda nak tahu? Kalau ada 10,000 orang bayar RM15, saya dah ada RM150,000 yang boleh saya laburkan dulu untuk hasilkan dividen atau pulangan. Tiap tiap bulan, saya cuma keluarkan RM10,000 saja, untuk bayar upah iklan 10,000 orang ni. Mereka cukup rajin tolong iklankan bisnes saya, dengan tanggung kesemua kos minyak mereka sendiri, tapi bisnes saya yang dapat hasil. BIJAK TAK SAYA? Hehehehe

Lepas 15 bulan, bisnes saya dah kembang dah. Sure dah banyak pelanggan dan ejen ejen promoter yang dah join. Alah, setakat bayar upah sorang RM1, promosikan iklan saya merata tempat, minyak petrol semua mereka tanggung, ok apa, jimat duit saya! Saya cakap ajelah itu pencen, tentu mereka suka! kahkahkah!!!

------------ --------- -----

Honestly speaking, apa reaksi anda bila anda dengar strategi bisnes saya yang sebegitu rupa? In bisnes terms, memang saya seorang businessman yang bijak.

Tapi anda sebagai orang awam, ADAKAH ANDA RASA ANDA BIJAK ATAU "KELEMAHAN" ANDA DIPERGUNAKAN?

Pada saya, kalau saya tolong iklankan bisnes orang lain, sykt tersebut yang sepatutnya bayar kat saya. Macam orang yang buat blog & website sendiri dan terima upah kerana letak iklan orang lain (google Adsense, Bidvertiser etc). Bukan saya yang kena bayar untuk letak iklan sticker kereta orang lain dekat kereta saya!

Dan, kalau saya nak iklan apa apa kat kereta saya, biarlah saya IKLANKAN BISNES SAYA SENDIRI. Kalau orang suka, orang beli barangan tu, saya jugak yang dapat untungnya. Bisnes saya, keuntungan hak milik mutlak saya!

Tak kisahlah nak bisnes apa pun. Jual kerepek ke, jual durian ke, jual orang ke (pembantu rumah), jual sabun ke, jual tong NGV ke, biarlah saya yang buat untung.

Bukan orang lain yang buat untung atas penat lelah saya. Itu bukan buat bisnes atau financial freedom namanya, itu jadi "balachi" / buruh kos murah (upah RM1 sebulan).

------------ --------- --------- --

Berkenaan skim pelaburan Buluh XXX yang kata :-

PAKEJ2 MENARIK YANG DI SEDIAKAN:-
1) PAKEJ ANAK SEKOLAH=>MODAL RM195 PENDAPATAN RM43.00 TOLAK 15%,PENCEN
BULANAN ANDA RM36.00 TIAP2 BULAN SEUMUR HIDUP.
2) PAKEJ REMAJA=>MODAL RM1215 PENDAPATAN RM281.00 TOLAK 15%,PENCEN
BULANAN ANDA RM238.00 TIAP2 BULAN SEUMUR HIDUP.
3) PAKEJ DEWASA=>MODAL RM3615.00 PENDAPATAN RM841.00 TOLAK 15%,PENCEN
BULANAN ANDA RM714.00 TIAP2 BULAN SEUMUR HIDUP.
===> KEUNTUNGAN 18-20% SEBULAN, SETAHUN DAH LEBIH 200%.
Kalo nk selamat, melabur secara kontrak, dlm masa lapan bulan kita dpt keuntungn 40% dr jumlah pelaburan, tp syarat untk melabur secara kontrak kena melabur lbh dr RM 10k...

Bukankah skim pelaburan ini hampir serupa dengan skim pelaburan internet SwissCash Mutual, di mana untuk setiap pelaburan, jumlah pulangan / keuntungan bulanannya sudah terjamin dari awal?

Kalau merujuk kepada fatwa yang mengharamkan pelaburan internet, apa jua pelaburan yang memberi pulangan atau keuntungan terjamin untuk tempoh tertentu, mempunyai unsur riba pelaburan kerana sykt tersebut terikat (spt meminjam wang) untuk membayar keuntungan sepanjang tempoh pelaburan. Ini yang disebut riba pelaburan.

Unsur gharar (ketidak-pastian) juga akan wujud bila anda sendiri tidak tahu menahu, dari mana datangnya pulangan / keuntungan tersebut?

Kalau keuntungan itu datang dari hasil penjualan barangan IKS, maka bukankah sepatutnya nama anda dicatat sebagai salah seorang pemilik / shareholders dalam perniagaan sykt tersebut?

Ya-lah, anda melabur untuk mendapat sebahagian keuntungan dari penjualan barangan sykt, sudah tentu anda akan turut sama menjadi shareholders sykt, betul tak?

Saya merasa cukup sangsi bila sebuah sykt perniagaan yang menggunakan distributor pelbagai tingkat (multi-level, ada upline dan downline di mana setiap orang yang kita rekomen, kita akan turut mendapat upahnya) dan melakukan pemasaran dan penjualan di luar premis perniagaan, bercakap tentang financial freedom dan usaha nak bantu orang melayu ubah kehidupan dan bangunkan industri IKS, tapi hanya mahu MENGEKALKAN CAJ RM15 KEPADA DISTRIBUTOR STICKER (Buruh kos murah) KERANA ENGGAN MENDAPATKAN LESEN AJL?

Company yang beroperasi macam sykt MLM / Direct-Selling, tapi enggan maju setapak ke hadapan dan berkembang besar kerana enggan patuh kepada lesen AJL?

Lepas tu, boleh pulak kutip deposit dari orang ramai, menawarkan skim pelaburan "Budak sekolah" dan "dewasa" dengan keuntungan bulanan 18% sebulan atau 40% mengikut kontrak 8 bulan?

Unit trust & ASB pun, TAK MAMPU BERI PULANGAN SETINGGI NI SETIAP BULAN. Even melabur dalam bank yang berniaga pinjaman kad kredit pun, dapat kutip pulangan 18% setahun. Ini 18% sebulan? Seumur hidup pulak tu?

WOW!!!!

Most probably, sykt ini akan ditutup kerana kutip deposit dari orang ramai secara haram. Bukan saya nak mendoakan benda tak baik, tapi tanda-tanda awal tuh, dah nampak jelas dah!

Itu yang saya risaukan, lebih-lebih lagi bila anda terlibat sebagai pelabur yang tamak (labur terus beli 10-20 lot).

Jangan sampai nanti anda merungut tepi jalan, jadi orang gila yang cakap... "INGATKAN DAPAT MELABUR, RUPANYA-RUPANYA DUIT AKU YANG LEBUR!!!"

------------ --------- --------- ----



"BERKHIDMAT UNTUK MASYARAKAT"

AZHA SYAZRI HJ AZIZAN (H/P: 012-2011-555)
Manager - Insurance, Takaful & Investment (AFPM)
Tekad Smart Planning Sdn. Bhd. (538317-K)
A corporate agency with MAA Assurance, MAA Takaful & MAAKL Mutual Fund

EMAS HITAM - Resepi Menternak Cacing Tanah Untuk Buat Duit


Assalamualaikum,
Salam Mesra,

Kepada sesiapa yang ingin menternak cacing ataupun sudah memulakan penternakan cacing, saya ingin mencadangkan anda membaca buku yang ditulis oleh saudara Mohamad Saat Sukami yang bertajuk EMAS HITAM- Resipi Menternak Cacing Tanah Untuk Buat Duit.

Saya telah membacanya dan mendapati bahawa buku ini begitu bermanfaat dan penuh dengan teori dan praktikal untuk mereka yang baru-baru nak berjinak dengan penternakan cacing.

Saudara Mohamad Saat sendiri adalah seorang penternak cacing. Beliau juga banyak mendapat tunjuk ajar daripada rakan-rakan yang bergiat aktif di dalam penternakan cacing. Oleh itu, bab-bab yang ditulis sangat-sangat praktikal untuk dilaksanakan kerana ia berdasarkan pengalaman beliau yang sebenar.

"Cacing mempunyai hempedal seperti ayam. Oleh kerana cacing tidak ada gigi dan tidak mempunyai sistem penghadaman yang lengkap secara biologi, ia akan memakan sekali sedikit pasir letika mengambil makanan untuk mengisar makanan yang dihadamnya. Pasir tersebut tidak akan menghadamnya tetapi akan keluar sekali bersama-sama dengan kasting. Ini menghasilkan tanah yang mengandungi bahan organik terurai yang tinggi" - Petikan dari Bab 2 : Mengapa kita Perlukan Cacing Tanah?

Untuk pengetahuan anda juga, buku ini mendapat sokongan daripada AZR Agro Centre yang menaja penulis serta memberi bantuan dari segi teknik dan tips-tips penternakan. Oleh itu, buku ini merupakan buku rujukan terkini bagi kursus-kursus yang dianjurkan oleh AZR Agro Centre.

Bab-bab di dalam buku ini sangat tersusun dan mudah untuk dibaca. Ia juga penuh dengan ilustrasi dan gambar-gambar termasuk gambar membuat rak cacing secara sistematik. Terdapat 222 muka surat dan 16 bab semuanya.

"Lipan bergerak pantas dan sentiasa mencari makanan. Cacing tanah merupakan salah satu makanan kegemarannya. Lipan merupakan haiwan kumpulan anthropods yang tinggal di dalam tanah dan humus. Ia juga boleh ditemui di bawah batu, pelepah dan juga kayu tumbang. Kesemua spesies lipan adalah pemangsa dan ia menggunakan pencengkam berbisanya untuk menangkap, menyengat atau membunuh mangsanya." Petikan daripada Bab 8 - Haiwan-Haiwan Yang Ada Pada Bekas Cacing

Perkara yang paling menarik bagi saya ialah rujukan dari sudut kewangan. Bagaimana perbelanjaan dan aliran tunai bagi penternak yang ingin memulakan perniagaan dan penternakan cacing merah. Contoh yang diberi sangat mudah kerana penulis memulakan kiraan sekadar 2 kilogram cacing merah sebagai permulaan.

Ini sangat praktikal kerana bukan semua di antara kita yang mahu memulakan dengan 100 kg!. Ada yang mahu mula kecil tetapi hasil dan pulangannya besar dari segi jangka panjang.


"Harga medium sebanyak RM 1.80 adalah harga purata anggaran pasaran masa kini. Sekiranya medium dibuat sendiri dengan menggunakan campuran najis lembu dan sabut kelapa, kosnya akan menjadi lebih rendah. Harga sabut kelapa halus (dari kilang) adalah kira-kira RM 4.00 seguni yang mengandungi 6kg setiap guni. Manakala harga tinja lembu (upah memungut dan memasukkan dalam guni) juga RM 4.00 bagi guni seberat 40 kg. Ini memberikan kos setiap kg mediums ebanyak RM 0.32." - Petikan daripada Bab 12 : Menganggar Pendapatan dari Ternakan Cacing Tanah.

Kepada sesiapa yang sudah mula menternak, anda patut membelinya kerana buku ini juga akan memberitahu anda pelbagai tips yang segar seperti bagaimana cara untuk melawan musuh cacing seperti hama dan semut, perangkap-perangkap musuh cacing, apakah makanan-makanan tambahan yang disukai oleh cacing, bagaimana untuk mendapat hasil yang lebih daripada cacing anda dan pelbagai lagi tips menarik.

Malah kepada mereka yang masih tercari-cari samada untuk menceburi atau tidak penternakan ini atau masih tercari-cari perniagaan apa yang anda inginkan, buku ini adalah jawapan kepada persoalan anda. Ia murah, mudah dan cukup berinformasi.

"Oleh kerana cacing adalah haiwan herbivor, maka makanannya mestilah berasaskan sayur-sayuran atau tumbuhan. Sebab itu walaupun ia memakan najis haiwan tetapi hanya najis haiwan herbivor sahaja yang diterima oleh cacing tanah. Najis haiwan pemakan daging seperti kucing tidak diterima langsung. Cacing tanah juga tidak suka makanan dari bahan organik yang mengandungi minyak, lemak, daging, susu, pedas, masam dan masin." - Petikan daripada Bab 6 - Apakah Makanan Cacing.


Saya telah dilantik oleh Sdr Mohamad Saat sebagai wakil penjual buku yang beliau terbitkan sendiri selain daripada AZR Agro Centre dan beberapa lagi wakil penjual.


*HARAP MAAF KAMI KEHABISAN STOCK*

Kepada anda yang berminat untuk membeli buku EMAS HITAM - Resepi Menternak Cacing Tanah Untuk Buat Duit bolehlah membeli daripada saya melalui online.

Harga buku ialah RM 45.00 + RM4.00 caj penghantaran melalui pos. Jumlah : RM 49.00.

Pembayaran boleh dibuat melalui bank transfer ke akaun Ahmad Ghazi b Hj Abd. Hayon Maybank Current Ac : 154080012244

Email bukti pembayaran anda kepada zaws_agro@yahoo.com

Buku akan dipos kepada anda oleh kami dalam masa 5-7 hari daripada tarikh bukti pembayaran diserahkan. Sila sertakan nama penuh anda, alamat surat menyurat dan no hp anda untuk tujuan penghantaran.

*HARAP MAAF KAMI KEHABISAN STOCK*

Wasalam.

Apa Nak Buat Bila KWSP Cuma Beri Dividen 4.25%?

Saya saja nak share pendapat umum ni berkenaan apa boleh anda buat dengan simpanan KWSP anda, yang sejak kebelakangan ini, semakin rendah pulangan dividennya. Dari 6.84% tahun 2000, 6% tahun 2001 kepada 4.25% tahun 2002.

Anda tentu tahu simpanan KWSP anda tidak boleh dikeluarkan, melainkan untuk tujuan2 tertentu. Jadi, mungkin pendapat saya ini boleh membantu anda menguruskan kewangan anda dengan lebih baik.

Akaun 1 KWSP

Anda boleh laburkan sebahagian wang KWSP dari Akaun 1 KWSP ke dalam pasaran unit trust yang diiktiraf. Ramai orang bila sebut unit trust, semua fikir satu benda - TAKUT RUGI. Sebenarnya, unit trust ini ada pelbagai jenis dana. Ada yang aggresive (pulangan tinggi/risiko tinggi), balanced (pulangan seimbang/risiko sederhana) dan konservatif (pulangan rendah/risiko rendah).

Jika anda ini tidak sanggup hadapi risiko kerugian (spt modal berkurangan), maka nasihat saya pilihlah dana yang konservatif. Pulangan insya-Allah, boleh dapat hampir setiap tahun kerana kebanyakan pelaburan dibuat kepada pasaran bon.

Akaun 2 KWSP

Jika anda mempunyai pinjaman rumah, gunakan Akaun 2 untuk mengurangkan baki pinjaman rumah anda. Ini kerana, interest pinjaman rumah adalah sekitar 7%-8%, manakala dividen KWSP hanyalah 4.25%.

Lebih baik anda kurangkan baki pinjaman, dapat jimat interest 7-8% dan akan memendekkan tempoh pinjaman serta mengurangkan jumlah interest yang perlu ditanggung secara keseluruhan.

Pengeluaran kedua KWSP untuk pinjaman rumah boleh dibuat setiap 3 tahun dari pengeluaran pertama. Hanya terhad untuk rumah pertama sahaja.

Bagi mereka yang mempunyai anak di IPT, gunakan Akaun 2 KWSP anda supaya anda mengurangkan jumlah pinjaman pelajaran yang perlu dibuat. Ada orang yang membuat pinjaman peribadi di bank tertentu untuk pendidikan anak.

Sesuatu yang anda perlu tahu, jika pinjaman peribadi itu dikira secara fixed-interest 7.55% setahun, interest sebenar yang dikenakan BUKAN 7.55%, sebaliknya hampir 13% setahun. Ini kerana kadar interest sebenar dibuat mengikut kadar APR (Annual Percentage Rate). Jadi, daripada menanggung hutang pada kadar 13% setahun, adalah lebih baik anda gunakan simpanan KWSP yang cuma beri 4.25% untuk kos pendidikan anak anda.

Petikan dari simpanduit.com

Kisah Penternak Yang Berjaya



Kisah Penternak Yang Berjaya

Ari ni aku nak cerita perkembangan terbaru projek cacing aku tu sbb ada masa free skit ni,hehe..aku ceritalah serba sedikit mana yg aku tahu..sbnarnya mmg aku ni tak reti duduk diam, mmg byk aku nak buat tapi aku perlukan satu projek yg low-maintainance dan tak ganggu kerja2 utama aku disamping berikan hasil yg memuaskan hati bapak mertua aku:) pas membuat perbandingan antara ikan keli, lintah, cendawan dan kambing..aku tgk cacing ni yg agak mudah (bagi aku) utk dilaksanakan,hehe..




Medium sedia untuk dimasukkan cacing..


Kenapa cacing?

Aku tahu ramai geli ngan cacing nih,hehe..tapi dulu kecik2 aku slalu wat memancing..kalau lapar time mancing siap bleh makan lagi cacing tau *tipuu,haha.. Kalau korang nak tau skrg baja Vermikompos (tahi cacing) ni mempunyai permintaan tinggi seiring dgn perkembangan pertanian organik diseluruh dunia..

Lagipun takla terlalu ramai penternak2 cacing berbanding yg lain..Ia juga tak mudah mati, kena penyakit,demam dsb.. pastu mereka cepat membiak walaupun tak kahwin,keh keh.. dan yg bestnya aku boleh jual baja kompos dan cacing tu skali tau..


Berapa kos permulaan projek ko nih??

Secara ringkasnya aku bleh simpulkan anggaran kasar melalui kira2 berikut (berbeza ikut kebesaran saiz projek) :

Kos Bangsal siap Bumbung dan Simen : ex-tpt parking lori bapak aku (free)
Kayu rumah cacing 34 compartment+buruh Indonesia 2 org : RM2000
10 Induk cacing (10kg) : RM4500 (kontrak jual balik kat dia 3 tahun)



Habuk kayu yg dihantar oleh apek potong kayu..

Habuk kayu 10 beg : RM50
Tahi kambing : Amik kat kandang kambing org kg aku, kira cincai,hehe..
Batang pisang diricih2 secukup rasa : Amik tepi Sungai Langat..



Camne nak mula? terangkanlah skit

Sbnarnya nak tahu detail kena gi kursus,hehe..tapi sec ringkasnya cacing kompos (Lumbricus Rubellus & Eisenia Foetida) ni mkn sisa organik spt tahi kambing, lembu, habuk kayu, sisa dapur cam nasi, sayur2an, roti yg terbuang, daun kering, tisu, kertas yg dicarik dll..senang kan.. tapi semua tu mestilah diSTABILKAN dulu..setiap satu ada cara sendiri nak stabilkan..




korang mesti tak sanggup hancurkan tahi kambing camtukan?haha

Cam aku yg guna tahi kambing tu mestilah kena jemur sampai hilang bau, warna dan rasa,haha.. takdelah, at least takla baru keluar tu terus bagi cacing mkn, mau pitam cacing tu..maksudnya takla ada bau dan busuk (Ph kena rendah+less ammonia)..aku jemur seminggu..pastu tahi tu digilis secara halus supaya cacing mudah hadam,haha..aku ngan adik aku buat time balik keje..kekadang sampai mlm,huhu

Benda tu aku akan campur ngan habuk kayu dengan nisbah yg sesuai dan siram ngan air..tak terlalu basah dan tak terlalu kering..pastu amik telefon (sebarang jenis hp atau telefon rumah) dan telefonlah pembekal cacing korang untuk hantar cacing tu dan tarukla dlm tu.. siaappp!!!! mudah bukan?,hehe..sbnarnya adala knowledge lain gak, cam pemberian mknn, penjagaan dll..tp sng cite ia takla terlalu susah dan tak juga terlalu mudah..*smile..

Gilala raju, camna lu untung maa??

Aku beli induk dari pembekal dengan harga yg lebih tinggi dari pasaran..TETAPI ada kontrak selama 3 tahun untuk menjual balik cacing dan juga baja kompos kepada beliau..even lebih rendah dari harga pasaran tetapi bagi aku cukup untuk aku dapat untung yg diterima akal.. lagipun aku bukan nak kaya cepatpun,muahahaha..

Secara puratanya, setiap kilogram cacing tu akan membiak kepada 5kg dalam tempoh 3 bulan or 10kg dlm tempoh 6-7 bulan..dan setiap kilogram cacing jg akan hasilkan 1kg baja kompos sehari..

Jadi secara ringkasnya, aku berikan pengiraan untung kasar yg akan aku perolehi sekiranya projek aku berjalan dengan full swing (penuh 34 compartment) kelak :

Jual Cacing : 34 comp induk cacing x 5kg (biak 3 bulan) x RM120(retail price) = RM20,400 / RM6800 sbln.

Jual Baja Kompos : 34 comp induk cacing x 28 hari (anggaran sbln) x RM2.50/kg (retail) = RM 2,380..

Kasar Sebulan : RM6,800 + RM2,380 = RM9,180 pakcik kayooo!!

cacing yg bleh buat duit,hehe..



Sekali lagi benda ni takla semudah calculation diatas,hehe..byk lagi benda yg perlu diambil kira..akupun dlm proses belajar..tapi sbnarnya lebih kurang begitulah pengiraannya..makanan cacingpun takla mahal sangat cume kena rajin skitlah kutip tahi kambing dsb..dan seminggu hanya perlu 2 kali je bagi makan.. cacing juga tk perlu dibelai seperti kucing kerana mereka lebih gemar duduk dlm tanah dari lihat manusia yg pelik melihat mereka,hahaa..

MEMBUAT MIKROORGANISMA EFEKTIF (EM) BAGI PENGURANGAN PENCEMARAN MELALUI KITAR SEMULA SISA-SISA DAPUR


1. PENGENALAN
Mikroorganisma Efektif (EM) tidak mengandungi mikrob yang khusus. la merupakan campuran mikroorganisma yang terpilih yang berupaya memberi pelbagai faedah. Semua mikrob ini boleh didapati dalam alam semula jadi. la berkebolehan melupus bahan organik dan seterusnya mengeluar bahan larutan yang berfaedah seperti asid amino, gula, alkohol, hormon dan sebatian organik

2. KAEDAH MEMBUAT MIKRO- ORGANISMA EFEKTIF (EM)
Nisbah
1. Gula merah / molasses : 1
2. Sisa makanan ( contoh sisa sayur, kulit buah ) : 3
3. Air : 10

a) Campur gula merah dengan air dan diikuti sisa makanan dalam bekas
b) Tinggal 1/3 ruang dalam bekas untuk fermentasi
c) Membuka penutup bekas setiap hari bagi pengeluaran gas
d) Mengacau bahan-bahan terapung
e) Cecair EM boleh diguna selepas 3 bulan



3. KAWALAN KUALITI EM
i) pH : di bawah 3.5
ii) bau : Masam harum (tidak boleh diguna jika ia berbau busuk)


4. KEGUNAAN EM
a) Dalam Rumah
- Mengurang bau busuk serta menjadi sisa dapur sebagai bagi organik
- Menghilangkan bau busuk, dapur dan comot dalam dapur dan bilik mandi
- Membantu menghalau serangga
- Membasuh lantai

b) Pertanian
- Mengurang penggunaan bahan kimia yang berlebihan
- Memelihara ladang bebas dari penyakit dan serangga
- Sebagai baja untuk tanaman
- Memulih tanah yang• bermasalah
- Tahi haiwan yang dirawat dengan EM akan mengurang bau dan meningkatkan kualiti baja kompos

c)
Longkang / Sungai
-
Membersihkan longkang / sungai supaya tidak berbau busuk

Kenapa perlu beralih kepada pertanian organik?

SM Mohamed Idris
Thu | Mar 27, 08 | 4:23:28 pm MYT

Pertanian organik didefinisikan sebagai 'sistem pengurusan pengeluaran makanan holistik, yang menggalakkan dan meningkatkan kesihatan ekosistem pertanian, termasuk kepelbagaian bio, pusingan biologikal dan aktiviti biologikal tanah. Ia menekankan penggunaan amalan pengurusan dalam mengutamakan penggunaan input luar ladang, dengan mengambil kira keadaan wilayah yang memerlukan penggunaan sistem tempatan. Ini boleh dilakukan dengan menggunakan seberapa yang boleh, agronomi, kaedah mekanikal dan biologikal, bertentangan terhadap penggunaan bahan sintetik, untuk memenuhi sebarang fungsi khusus dalam sistem." (FAO/WHO Codex Alimentarius Commission). Iklan

Melalui kaedah holistik semula jadi, pertanian organik menyatukan kepelbagaian bio liar, kepelbagaian bio pertanian dan pemuliharaan tanah, dan membawa pertanian satu langkah ke hadapan dengan menghapuskanbaja kimia, racun makhluk perosak dan organisme ubah suai genetik (GMO), yang bukan hanya memperbaiki kesihatan manusia, tetapi juga flora dan fauna yang berkait dengan ladang dan alam sekitarnya. Pertanian organik menguatkan struktur tanah, memelihara air dan memastikan pemuliharaan dan penggunaan mapan kepelbagaian bio.

Pencemaran pertanian seperti baja bukan organik, racun rumpai dan racun makhluk perosak daripada pertanian konvesional adalah menjadi kebimbangan utama di seluruh dunia. Eutrophication, tumbuhan dan binatang akuatik menjadi lemas akibat pertumbuhan algae yang cepat, dirujuk sebagai 'algae blooms', membunuh tasik, sungai dan air. Penggunaan berterusan racun rumpai dan racun makhluk perosak boleh melangkaui sasaran rumpai dan serangga apabila diperkenalkan dalam alam sekitar akuatik. Bahan kimia ini berkumpul dalam rantaian makanan di mana pemangsa pada bahagian paling atas sering mengambil dos toksik. Pertanian organik mengembalikan keseimbangan alam sekitar dan tidak mempunyai kesan yang merosakkan ke atas alam sekitar (IFOAM).

Racun makhluk perosak telah digunakan dalam pertanian sejak Perang Dunia Kedua, dan sejak dari mula lagi terdapat kebimbangan mengenai pengkomersialan bahan kimia racun makhluk perosak. Buku 'Silent Spring' oleh Rachel Carson yang diterbitkan pada 1964 mendedahkan kesan racun makhluk perosak terhadap alam sekitar. Racun serangga era Perang Dunia Kedua, DDT diharamkan di negara maju dalam tahun 1970-an tetapi terus digunakan di India sehingga tahun 1990-an. Tragedi Bhopal 1984 menjadi pembuka mata kepada sebahagian besar penduduk India dan dunia luar.

Menurut penyelidikan terhadap gangguan kesihatan akibat daripada penggunaan bahan kimia berasaskan petroleum dalam produk pengguna dan persekitaran kerja boleh diperolehi daripada laman sesawang yang berkaitan di bawah. Bahan kimia berasaskan petroleum didapati menyebabkan kesan terhadap sistem imun dan saraf selepas pendedahan dalam jangka panjang.

Penyakit yang dikenal pasti dalam penyelidikan perubatan termasuklah kanser dalam kalangan kanak-kanak dan orang dewasa, pelbagai gangguan neurologi, kelemahan sistem imun, gangguan autoimun, asma, alergi, ketidaksuburan, keguguran, dan gangguan tingkah laku kanak-kanak termasuk kesukaran dalam pembelajaran, mental yang terencat, hiperaktiviti dan gangguan kurang perhatian (ADD). Bahan kimia berasaskan petroleum dipercayai menyebabkan masalah ini melalui pelbagai jalan termasuklah mencacatkan DNA (gen) yang sempurna, melemahkan pembaikan DNA, mempercepatakan kehilangan gen, kemerosotan sistem pertahanan penyahtoksikan tubuh (hati dan buah pinggang) serta melemahkan pertahanan utama otak - (the Blood Brain Barrier) (http://www.chem-tok.com/).

Hampir lima dekad, orang ramai dan petani telah diberitahu bahawa racun makhluk perosak penting untuk pertanian moden dan untuk memberi makan kepada penduduk dunia, pada hal perkara ini adalah tidak benar. Racun makhluk perosak melemahkan ekosistem yang telah mengekalkan pertanian manusia sejak beribu tahun lalu, memusnahkan mikrob tanah dan menghapuskan pemangsa dan serangga yang memberikan manfaat. Tambahan, serangga akan terus mutasi untuk menjadi tahan kepada racun makhluk perosak. Di sebalik peningkatan 10 kali ganda dalam penggunaan racun serangga dalam beberapa tahun lalu, kajian menunjukkan pertumbuhan 30% dalam beberapa jenis makhluk perosak. Penghasilan bagi setiap hektar dalam pengeluaran pertanian pada umumnya semakin merosot dalam banyak sistem pertanian akibat kemerosotan kandungan bahan organik dalam tanah. Adalah sesuatu yang terlambat jika kita pada masa ini tidak merancang dasar yang sempurna untuk mengembalikan semula tanah kita dengan bahan organik. Untuk bahan organik apa yang kita perlukan ialah baja yang baik.

Persoalan yang sering ditanya ialah di mana untuk kita mendapatkan baja yang banyak ini. Jawapannya terletak dalam kompos. Sebahagian besar sisa oragnik daripada pertanian serta sisa pasar dengan mudah boleh ditukarkan kepada baja, tanpa kos pelaburan yang besar. Ini menggalakkan industri bagi kompos berasaskan tempatan. Semburan dedaun organik serta semburan penghalau serangga juga boleh disediakan pada peringkat tempatan. Ia juga boleh menghasilkan peluang untuk sebahagian besar belia dan wanita di luar bandar.

Kerajaan membelanjakan wang yang besar terhadap perbelanjaan perubatan apabila menumpukan kepada makanan yang sihat boleh menjadi jawapannya. 'Mencegah lebih baik dari mengubati' dan dasar kerajaan terhadap pertanian perlu disesuaikan untuk menggalakkan serta melindungi pertanian organik.

Pertanian organik menyumbang kepada keselamatan makanan dan alam sekitar melalui kombinasi beberapa ciri terutamanya:

* Meningkatkan hasil di kawasan input rendah.

* Memelihara kepelbagaian bio & sumber semula jadi di ladang dan kawasan sekitarnya.

* Meningkatkan pendapatan dan mengurangkan kos.

* Mengitar semula sisa organik untuk pengeluaran baja, menyelesaikan pengurusan sisa.

* Usahawan mikro dalam ekonomi luar Bandar.

* Melindungi kesihatan petani dan pengguna.

* Menghasilkan pelbagai makanan dan selamat.

* Kemapanan dalam jangka panjang.

Oleh sebab itu pertanian organik perlu menjadi bahagian penting daripada sebarang dasar pertanian yang bertujuan menjamin keselamatan makanan dan kini adalah masanya bagi kerajaan Malaysia mengambil tindakan ke arah ini.

Penulis adalah Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang. - lanh _

Pelawat dari Politeknik

politeknik

Pelawat dari UTM Skudai

Cacing UTM Skudai

Berita Jam 1:30 TV3
MAJALAH 3

Making compost tea

Berita Cacing

TV9
Red Worms 1



Harvesting Castings - First Step



Harvesting Worm Castings



Worm bin composting in smaller mini worm bins



Worm Harvester
Composting 101 with Ryanne's Mom



Worm composting



Worm Farming
Building a worm farm


Setting Up a Worm Composting Bin
Bruce Deuley - DIY Compost Tea Maker
A Squirm of Worms



How to Make a Compost Bin in Under Two Minutes



How to make compost



Turning Worm Poop into Organic Fertilizer

Anatomy Cacing

Anatomy Cacing