Showing posts with label EM. Show all posts
Showing posts with label EM. Show all posts

Effective Microorganisms

Effective Microorganisms

KE ARAH PERTANIAN MESRA ALAM.......

Industri pertanian, perikanan dan peternakan negara makin kian membangun..pelbagai kemudahan yang disediakn oleh kerajaan dari dulu sampai sekarang namun dengan RMK-9 sektor ini terus maju berkembang pesat. Ramai usahawan tani dari golongan siswazah telah menunjukkan minat yang amat positif terhadap sektor ini.

Terdapat banyak kursus-kursus dan teknologi baru diperkenalkan dan ini boleh membantu memberi maklumat kepada usahawan tani yang baru. Mengikut pengalaman penulis ramai orang beralih kepada sektor ini disebabkan potensi besar yang boleh menjana pendapatan yang lumayan dan boleh dijadikan satu kerjaya. Kepada yang ingin melibatkan diri dalam industri perlu memahami aspek-aspek teknikal dalam setiap bidang yang diceburi. Setakat menghadiri khusus dan seminar belum tentu dapat menjalankan projek-projek dengan sempurna. Oleh itu jaringan perniaagaan di kalangan usahawan ternakan amat digalakkan.

Ramai dikalangan usahawan tani masih lagi lemah dalam aspek teknikal seperti pengurusan projek, ubatan-ubatan dan penyelenggaraan. Oleh itu, blog ini bertujuan untuk memberi sebanyak info yang mengikut pengalaman penulis. Mengikut maklumat terbaru yang diperolehi negara kita akan melaksanakan satu sistem pertanian yang mesara alam dengan menggunakan produk semulajadi iaitu Effective Microorganism atau EM. Produk ini sudah lama digunakan di dunia tetapi negara kita masih lagi baru. Ianya juga dipanggil sebagai probiotik atau ‘bakteria baik’ yang amat sesuai digunakan berbanding antibiotik yang biasa digunakan. Apabila kita menggunakan produk ini tidak perlu risau tentang antibiotik lain, maknanya usahawan baru pun boleh belajar menggunakan EM ini dengan mudah.

Bagi yang baru tentang EM....disini saya ingin berkongsi info tentang produk ini....

Apakah EM?

Biasa minum yogurt, vitagen, yakult, ABC kultur.....ini suma adalah ‘bakteria baik’ terdapat dapat minuman tersebut. Kita sudah tahu minuman ini bagus untuk sistem pencernaan kita dengan mengawal pertumbuhan ‘bakteria jahat’ dalam sistem pencernaan. Kaedah ini digunakan pula pada sektor pertanian, perikanan dan penternakan bagi menghasilkan produk yang bermutu dan tiada kesan sampingan. Penggunaan racun serangga, baja kimia, disinfektan dan antibiotik boleh tinggalkan kesan yang negetif pada pengguna seperti kanser dan pelbagai kompilasi lain. Untuk makluman anda EM ini digunakan pada semua sistem pengurusan projek and sebagai contoh Peternak Kambing, EM ini boleh digunakan dari awal seperti disembur pada kandang, lantai, bumbung, tiang, dan kawasan sekeling. Diberi minum, sembur pada kambing dan juga tahi @tinja kambing. Dengan hanya guna satu produk sahaja untuk semua pengurusan.....Amat Menguntungkan!!!

Apakah kandungan dalam EM atau Probiotik?

Probiotik @ EM adalah suplemen diet yang mengandung bakteria yang berguna dengan asid laktik bakteria (lactic acid bacteria – LAB) sebagai mikrob yang paling umum dipakai. LAB telah dipakai dalam industri makanan bertahun-tahun kerana mereka mampu untuk mengubah gula (termasuk laktosa) dan karbohidrat lain menjadi asid laktik.
Probiotik @ EM bermaksud bakteria baik atau ‘bakteria baik’. Apabila didefinisikan secara lengkap, probiotik @ EM adalah kultur tunggal atau campuran dari mikroorganisme hidup yang apabila diberikan ke manusia atau ternakan akan berpengaruh baik kerana probiotik @ EM akan merencatkan pertumbuhan bakteria patogen/bakteri jahat yang ada di usus manusia/ternakan.

APLIKASI DAN PENYIMPANAN EM

APLIKASI DAN PENYIMPANAN EM

EM adalah kumpulan bakteria semulajadi yang terdapat pada alam. Gabungan bakteria yang berperanan sendiri akhirnya membentuk suatu kerjasama dan apabila diberi kepada alam ianya memberi faedah yang menakjubkan kepada alam sekitar dan kehidupan.
Aplikasi penggunaan khusus bergantung kepada keadaan dan perawatan tertentu.Kajian haruslah dilakukan bagi memastikan kaedah paling berkesan dan ekonomikal.
EM adalah benda hidup. Pengaktifan, penyimpanan dan aplikasi adalah fasa terpenting dalam menentukan keberkesanan penggunaan EM.

Penyimpanan:


Jika anda pengguna Probac:
-Elakkan simpan di tempat haba atau bergoyang.
-Untuk hasil terbaik guna serta merta atau dalam masa 14 hari selepas dibuka.Penyimpanan yang baik boleh menjangkau 2bulan.

-Lepaskan gas yang terhasil dalam botol setiap hari dan ketatkan semula.Gas akan berkurangan pada minggu ke-2.

-Gunakan air tidak berklorin untuk aplikasi anda (simpan takungan air 48jam).
-Bau masam-masam manis.
-Jangan berjimat dan simpan terlalu lama. Gunakan untuk mandi, bunga pasu, tandas, sinki dsb.
-Jika bau busuk seperti telur busuk, jangan gunakan dan buang terus ke dalam longkang.

Aplikasi:

-Rujuk label untuk aplikasi tertentu.
-Rawatan setiap hari jika perlu.(Cth: untuk ternakan sebaiknya rawat selama 3 hari berturut-turut sebelum rehat selama 7 hari.)
-Rawatan berselang seli.(cth:hari 1,3,5,7,9 dan seterusnya)
-Rawat secara kerap dan boleh dikurangkan setelah masalah berkurangan/hilang.
-Rawatan dari peringkat permulaan hingga tuaian.

Tujuan rawatan adalah untuk mewujudkan persekitaran EM( EM environment).