Kecemerlangan Al-Quran dari perspektif Veterinar

Bertemu ilmu baru di fakulti baru
Semalam saya sempat menghadiri Simposium Meneroka Kecemerlangan Al-Quran dari perspektif Sains(MeKQS) di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM. Progran anjuran Persatuan Mahasiswa Islam UPM ini berlangsung dari 8pg-5 ptg.

Pembentang yang paling mengesan dihati adalah Prof Madya Dr Rashid yang membentangkan tentang Kecemerlangan Al-Quran dari perspektif Veterinar. Almaklumlah beliau merupakan seorang Dr Vet. Beberapa fakta menarik yang suka untuk saya kongsikan ialah:

1)Lalat menggunakan enzim untuk mengubah kandungan makanan yang dihinggapinya. Sebab itulah makanan tersebut sudah tidak elok untuk dimakan.

2) Perkataan Somalia dari perkataan Somal yang bermaksud- perahlah susu untuk tetamu datang.

3) Tiap satu rumput di muka bumi ini ada satu malaikat yang menjaganya. Subhanallah.

4) Dalam sembelihan, orang Barat memotong spinal cord dalam haiwan. Sebenarnya tindakan ini menyebabkan daging berlebihan dan daging berwarna merah.

5) Dalam otak ikan ada kandungan Aluminium yang tinggi, sebab itulah orang Somalia tidak makan ikan walaupun negara tersebut banyak laut.

6) Negara Somalia paling banyak Hafiz didunia baik lelaki atau perempuan.

7) Nabi Yunus di telan ikan Nun di negara Somalia.

8) Katak akan duduk menghala ke Timur pada waktu rehat (kiblat). Katak akan berzikir bila 'duduk saja'. Sebat itu kita tidakboleh bunuh katak.

Banyak lagi fakta menarik yang di dapati. Betapa luas ilmu Allah Taala. Kitalah insan perlu tersu meneroka.
Sebenarnya ada tiga lagi pembentang tetapi saya tidak dapat mengikuti secara penuh kerana terlibat dengan jualan di belakang dewan. ish-ish..

Dicatat oleh ~kafalifmim~