1. Vermicast = 100% tahi cacing
Mempunyai nilai pH antara 6.5-7.5
Kandungan vermicast…
• Organic Carbon 20.43 – 30.31 %
• Nitrogen 1.80 – 2.05 %• Phosphorus 1.32 – 1.93 %
• Potassium 1.28 – 1.50 %
• Carbon : Nitrogen 14-15 : 1 %
• Calcium 3.0 – 4.5 %
• Magnesium 0.4 – 0.7 %
• Sodium 0.02 – 0.30 %
• Sulphur Traces to 0.40 %
• Iron 0.3 – 0.7 %
• Zinc 0.028 – 0.036 %
• Manganese Traces to 0.40 %
• Copper 0.0027 – 0.0123 %
• Boron 0.0034 – 0.0075 %
• Aluminium Traces to 0.071 %
• Cobalt, Molybdenum Present in available form
2. Vermicompost
Hasil baja yg dihurai/kompos dari sisa buangan organik dgn menggunakan cacing pengomposan sebagai agen pengompos. Ia seharusnya terdiri dari lebihkurang 85% Vermicast dan 15% sisa buangan organik yg telah mengompos.
Organisma berfaedah ada dimana2 & ianya penting sebagai salah-satu agen penghurai/pengompos (terutama sekali lactobacillus), malah, ianya saling bekerjasama dgn cacing dlm sistem vermikompos. Cacing cuma akan makan jika sisa itu separa reput dan Cacing akan makan media berserta mikrob sekali utk bantu penghadaman.
Oleh kerana mikrob berfaedah tertentu, sistem penghadaman cacing berupaya mensterilkan apa jua bahan mereput termasuk beberapa pathogen2 yg sgt merbahaya kpd manusia.
Dari persekitaran sistem vermikompos, ianya unik dimana mikrob berfaedah akan mula membiak mulai dari tahap “pre-kompos”. Disarankan guna EM.1 di peringkat “pre-kompos” utk mempercepatkan jangkamasa penghuraian dan menambahnilai mutu baja secara menyeluruh. Kelembapan vermikompos yg telah matang, harus dikekalkan minima 12% utk menampung bio-diversity mikroflora & mikrofauna dlm Vermikompos.
Berapa Banyak Wang Perlu Anda Simpan?
Sekadar berkongsi ilmu pengetahuan dalam financial planning seperti yang pernah dibincangkan dalam kursus FP yang pernah saya hadiri
Ada pendapat (dari FP Cina) menyatakan, untuk menyusun perancangan kewangan yang sesuai dengan kehidupan kita, anda boleh menyusun ia seperti bagaimana anda menjalani hidup anda sekarang.
Sebagai contoh, dalam 1 hari (24 jam), anda menghabiskan masa 8 jam untuk tidur / berehat. 8 jam untuk bekerja dan 8 jam lagi untuk aktiviti semasa seperti bersukan, berhibur, belajar dan sebagainya. Dalam erti kata lain, anda membahagikan masa anda kepada 3 kategori utama, iaitu
1/3 untuk tidur / berehat
1/3 untuk bekerja
1/3 untuk aktiviti semasa
Dalam perancangan kewangan pun begitu juga, menurut pendapatnya. Setiap kali kita menerima income, pengurusan kewangan kita, terbahagi kepada 3 kategori utama, iaitu :-
1/3 untuk simpanan & pelaburan
1/3 untuk bayaran hutang pinjaman
1/3 untuk keperluan / tuntutan semasa
Sebab itulah, kalau kita tengok bila bank hendak meluluskan permohonan pinjaman kita, mereka mengukur kemampuan anda berdasarkan bayaran ansurans TIDAK BOLEH LEBIH dari 1/3 gaji bersih anda.
Of course, dalam kehidupan sebenar, anda boleh adjust sedikit nisbah di atas, untuk menyesuaikan diri seperti 30% untuk simpanan & pelaburan, 35% untuk keperluan semasa dan 35% untuk bayaran hutang. But roughly, itulah pecahan yang ideal dalam perancangan kewangan.
PECAHAN UNTUK SIMPANAN & PELABURAN
Dalam membuat simpanan & pelaburan, kita hendaklah menyimpan mengikut keperluan hidup kita. Bila sebut pasal keperluan hidup ini, manusia mempunyai 4 level keperluan hidup, iaitu :-
1) Keperluan asas seperti makanan, tempat tinggal, pakaian, kesihatan/perubatan , pengangkutan dan sebagainya
2) Keperluan jangka sederhana seperti pendidikan universiti
3) Keperluan jangka panjang seperti tabung persaraan
4) Kehendak / keinginan seperti melancong, rumah yang lebih besar, kereta yang lebih besar, pakaian yang lebih trendy, makanan yang lebih sedap dan sebagainya.
First 1/3 dari bajet simpanan (10%), perlu dibajet untuk melindungi KEPERLUAN ASAS anda. Kalau anda letak 10% dari gaji anda di bank atau ASB misalnya, adakah ia berupaya untuk melindungi keperluan asas keluarga anda, sekiranya semalam anda sudah meninggal dunia?
Contoh, gaji anda RM2,500 sebulan. Anda simpan RM250 sebulan untuk menjaga keperluan asas keluarga anda seperti belanja makan minum, tempat tinggal, pakaian, kesihatan / perubatan, pengangkutan dan sebagainya. Adakah ia mencukupi? Bagaimana kalau tak sampai 6 bulan, anda sudah meninggal dunia? Cukupkah simpanan RM250 x 6 bulan = RM 1,500 untuk melindungi keperluan asas keluarga anda?
Jawapannya, of course TIDAK! RM1,500 cukup untuk buat belanja kebumi anda sahaja. Sebabnya, kerana anda meletakkan 10% dari income anda tadi, ke dalam PRODUK KEWANGAN YANG SALAH! Meletak 10% dari income bulanan anda ke dalam bank atau ASB, TIDAK AKAN DAPAT MELINDUNGI KEPERLUAN ASAS KELUARGA ANDA.
10% tadi, sepatutnya diletakkan ke dalam insurans / takaful. Hanya produk kewangan ini sajalah, yang dapat MELINDUNGI KEPERLUAN ASAS KELUARGA ANDA.
Sebagai contoh, sekiranya anda berumur 35 tahun (tak kira lelaki atau wanita), dengan meletak RM150 sebulan ke dalam insurans/takaful, anda boleh mendapat jaminan tanggungan kerugian spt berikut :-
RM2,000 untuk khairat kecemasan (within 24 jam) untuk belanja kebumi
RM5,000 untuk khairat tambahan seperti upah haji, zakat dan sedekah.
RM300,000 harta pusaka untuk keluarga jika meninggal dunia apa jua punca
RM300,000 gantian-gaji jika lumpuh keseluruhan (lumpuh 2 anggota utama atau lebih)
RM60,000 gantian-gaji jika menghidap salah 1 dari 36 penyakit kritikal
Jadi, kalau anda perhatikan di sini, dengan pampasan insurans RM300,000 yang diberikan kepada anda jika anda lumpuh keseluruhan misalnya, wang tersebut jika dilaburkan-semula ke dalam investment yang mampu beri pulangan 10%, anda akan menerima dividen RM30,000 setiap tahun.
Dalam erti kata lain, dividen RM30,000 ini berupaya untuk mengganti-semula income RM2,500 sebulan / RM30,000 setahun yang anda miliki sebelum ini. Anda patut sedar, kalau semalam anda menjadi lumpuh keseluruhan dan tidak berupaya untuk bekerja lagi, MAJIKAN ANDA hanya akan bayar gaji maksima sampai 6 bulan sahaja (ikut peraturan Akta Buruh). Lepas tu, bye-bye-lah jawabnya. Macam mana nak survive lepas tu?
Anak isteri nak makan apa?
Untuk kakitangan awam yang ada pencen, mungkin akan terima 1/2 gaji dari gaji terakhir mereka. Kalau selama ni, dapat gaji penuh 100% pun, anda rasa macam tak cukup, bagaimana nak survive, bila income tinggal 1/2 sahaja kali ini? Ini belum cakap pasal kenaikan harga barang (inflasi) setiap tahun lagi ni...
Jadi, perkara sebegini-lah yang anda PATUT BERI PERHATIAN JIKA ANDA BENAR-BENAR MENG-UTAMAKAN KESELAMATAN & KEBAJIKAN KELUARGA ANDA. Jangan cakap saja lebih, kononnya anda memang utamakan kebajikan dan masa depan keluarga anda, tapi bila ditanya samada anda mempunyai perlindungan insurans yang SECUKUPNYA, anda berdalih atau geleng kepala?
Baki RM100 sebulan lagi (Bajet RM250 - RM150 = RM100), anda bajetkan untuk insurans perubatan bagi melindungi kebajikan anda dan anak-anak. Sekurang-kurangnya anda ada back-up tambahan untuk menampung kos perubatan yang mahal, bila berlaku kecemasan.
Bagi kakitangan awam, saya faham anda mungkin cakap, anda sudah ada kemudahan Wad Kelas 1 di hospital kerajaan, tapi izinkan saya tanya anda balik, ADAKAH ANDA MEMPUNYAI 1st PRIORITY bila berlaku kecemasan?
Maksud saya, bila sakit, adakah anda dapat admit ke wad terus, atau terpaksa menunggu 3-4 jam seperti orang lain dan hanya akan diwadkan jika penyakit anda serius & kritikal sahaja, sama macam orang lain?
Bila anda sakit kritikal seperti kanser, adakah anda menerima rawatan segera (operation & kimo), atau terpaksa tunggu giliran 2-3 bulan untuk dapat first appointment dan follow-up appointment yang entah tak tahu berapa bulan lagi baru dapat jumpa?
Bang, Akak, kalau dah sakit kritikal macam kanser ni, anda takde banyak masa nak tanggung tanggung rawatan ya. Kanser boleh tumbuh dan merebak 50% dalam masa 1 minggu saja! Boleh tunggu sampai 2-3 bulan?
Sebab itulah anda perlukan insurans perubatan, supaya jika berlaku kelewatan di hospital kerajaan, anda ada PILIHAN LAIN untuk dapatkan rawatan segera di hospital swasta lain.
------------ --------- --------- ---
10% lagi (dari income bulanan anda) boleh disimpan untuk keperluan jangka sederhana. Seperti keperluan pendidikan anak atau keperluan semasa ketika tengah sesak atau keperluan luar jangka.
Ye-lah, mana tahu nanti kereta rosak ke, accident ke, kena saman ke, ada lah duit nak bayar kalau ada simpanan untuk keperluan semasa.
Bajet ini, anda boleh simpan di bank, ASB atau Tabung Haji saja. Mudah untuk keluarkan semula jika diperlukan di masa hadapan.
------------ --------- --------- ---
10% lagi (dari income bulanan anda) boleh disimpan untuk keperluan masa depan anda seperti pendidikan universiti anak dan tabung persaraan anda.
Kalau anda mempunyai anak yang ramai (lebih dari 2 orang), anda perlu simpan 15% dari gaji anda untuk keperluan masa depan. Sebab kos universiti semakin mahal dari tahun ke tahun (inflasi 5% setahun).
Pelaburan untuk masa depan, boleh menggunakan produk kewangan seperti ASB, unit trust. investment-linked atau bursa saham, mengikut tahap toleransi anda terhadap risiko kerugian modal.
------------ --------- --------- -------
Of course, bukan semua orang mempunyai perancangan kewangan yang memenuhi kriteria 1/3 disetiap bahagian. Tetapi, cubalah adjust dan perbaiki kewangan anda mengikut pecahan ideal ini.
Kalau anda dapat tingkatkan pecahan 1/3 kepada 1/2 untuk simpanan & pelaburan, adalah lebih baik.
Kalau anda dapat kurangkan pecahan 1/3 ke atas keperluan semasa & bayaran pinjaman, kepada 1/4 atau 1/5, lagi-lah bagus.
Maknanya, semakin bertambah income bulanan anda, semakin banyak simpanan anda dapat lakukan, dan semakin kurang pecahan untuk perbelanjaan semasa dan bayaran hutang.
Mempunyai perancangan kewangan yang ideal adalah sangat penting untuk masa depan anda kerana ia akan menentukan bagaimana anda akan hidup selepas bersara nanti (tempoh di mana anda tidak lagi bekerja, tetapi hanya berbelanja setiap hari). Anda perlu ingat, bila bersara, anda mungkin akan hidup 20-30 tahun lagi, TANPA BEKERJA! Bolehkah anda survive?
Atau tak sampai 2-3 tahun, wang KWSP dah habis kesemuanya?
Untuk maklumat lanjut, anda boleh berbincang dengan saya mengenai perancangan kewangan anda. Saya sedia membantu, tetapi harapan saya, janganlah sekadar bertanya saja tapi tak buat apa apa. Anda kena ambil tindakan yang betul, berdasarkan perancangan masa depan anda. Jadi cubalah lakukan yang terbaik, demi masa depan anda sendiri.
------------ --------- --------- --------- --------- ------
FOOTNOTE
Saya bukan penjual produk atau seorang jurujual jalanan. Saya bekerja secara professional, di mana saya beri nasihat mengikut keperluan hidup anda, bukan kerana nak promosi produk tertentu dalam. Semua financial tools yang saya rekomen, adalah "alat" yang boleh membantu anda mencapai matlamat kewangan anda, seperti dalam perancangan kewangan yang kita bincangkan nanti.
------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- -------
Azha Syazri merupakan seorang Pengurus Insurans, Takaful & Pelaburan yang berdaftar dengan Financial Planning Association of Malaysia (FPAM), Life Insurance Association of Malaysia (LIAM) dan Malaysian Takaful Association (MTA). Beribu-pejabat di Menara MAA Kuala Lumpur, beliau mempunyai sarjana muda (Hons) dalam Business Administration, UK dan lulus Gred A di dalam certificate of examination in Investment-Linked Insurance (CEILI) dan lulus cemerlang Basic Financial Planning (CFP Module 1).
Beliau juga merupakan bekas penulis kewangan di majalah Mingguan Wanita dan telah menerbitkan lebih 90 artikel kewangan di majalah Mingguan Wanita, Bina Malaysia, Utusan Malaysia dan Berita Harian. Mempunyai pengalaman hampir 8 tahun sebagai full-time consultant di dalam bidang insurans, pelaburan dan perancangan kewangan dan kini sudah memiliki lebih 400 pelanggan di seluruh Malaysia.

NASIHAT : Tentang Pinjaman ASB
Ini adalah kadar pulangan ASB sepanjang tahun-tahun lepas,
Year --- Dividend(%) --- Bonus(%)
----------------------------------------------
1990 8.0 6.0
1991 8.5 4.0
1992 7.5 5.0
1993 9.0 4.5
1994 9.5 4.5
1995 10.0 3.0
1996 10.25 3.0
1997 10.25 1.25
1998 8.0 2.5
1999 10.50 1.5
2000 9.75 2.0
2001 7.0 3.0
2002 7.0 2.0
2003 7.25 2.0
2004 7.25 2.0
2005 7.25 2.0
2006 7.20 1.5
2007 7.30 1.25
Dalam menilai pulangan dari ASB, adalah penting untuk anda memahami, pengiraan dividen dan bonus untuk pelaburan ASB adalah berlainan sama sekali. Hanya kerana PNB umumkan dividen 7.30% setahun dan bonus 1.25%, anda TIDAK BOLEH merumuskan bahawa dividen ASB adalah bersamaan 8.55% setahun.
Ini kerana, dividen ASB dibayar mengikut baki purata sepanjang 12 bulan lepas, manakala bonus ASB dibayar mengikut baki purata sepanjang 120 bulan (10 tahun) lepas. Bonus 1.25% itu hanya akan dapat penuh, jika baki purata anda kekal tidak berubah sepanjang 120 lepas. Jika anda baru melabur tahun lepas, sudah pasti bonus yang diperolehi BUKAN 1.25%, sebaliknya sekitar 0.1% sahaja (sangat kecil).
---------------------------------------
Kedua, tentang pakej pinjaman ASB. Secara umumnya orang guna 3 jenis pinjaman berbeza untuk pelaburan ASB mereka.
1) Compounded Interest Term Loan (mcm loan rumah). Ini banyak diiklankan oleh bank komersial spt RHB, Maybank dan CIMB, mengikut kadar BLR.
2) Flat-rate Personal Loan (mcm loan kereta). Ini banyak dilakukan oleh sesetengah orang yang ambil personal loan dari Bank Rakyat, MBSB atau koperasi lain, kerana menyangka interest personal loan, lebih murah dari Term Loan bank di atas.
3) Overdraf ke atas cagaran ASB. Ini banyak dilakukan oleh sesetengah orang yang setelah ambil personal loan, mereka laburkan ke dalam sijil ASB dan kemudiannya mencagar sijil itu ke RHB untuk mendapat kemudahan overdraf untuk pelaburan lain.
Ketiga-tiga jenis pinjaman ini, dikira secara berbeza. Term Loan dikira secara compounded interest bulanan (APR rate), personal loan dikira secara straight-calculation (nominal rate), manakala Overdraft dikira secara daily rate (mengikut baki harian).
Di antara term loan dan personal loan, kadar interest manakah yang lebih mahal?
Bila nak buat perbandingan, anda TAK BOLEH banding secara kasar saja. RHB offer ASB loan terkini pada BLR - 1.25% = 5.5% setahun (based on APR rate). Kadar interest sebenar boleh berubah mengikut BLR.
Bank Rakyat offer loan pada kadar tetap untuk kakitangan awam pada kadar nominal 5.9% setahun. Untuk swasta yang guna post-dated cek, kadar nominal 6.9% setahun. Kadar nominal ini adalah KADAR PADA NAMA SAHAJA. Ia BUKAN KADAR SEBENAR (APR).
Kalau anda convert kadar nominal personal anda kepada kadar sebenar APR sama macam Term Loan bank (supaya perbandingan setara epal dengan epal), anda akan mendapati kadar sebenar personal loan anda hampir 2x ganda!! Ini bermakna, interest sebenar personal loan anda adalah sekitar 10%-12% setahun, hampir 2x kali lebih tinggi dari kadar interest term loan bank.
Sebagai contoh, kalau anda MASIH TAK PERCAYA, ambil loan RM50,000 untuk 10 tahun.
Interest term loan 10 tahun = RM 15,115.60 (at 5.5%) Interest personal loan 10 tahun = RM 29,500 (at 5.9%)
Jadi, samada anda nak pilih term loan bank, atau personal loan bank rakyat, fikir dengan baik. Jangan buat keputusan terburu buru tanpa melihat pengiraan terlebih dahulu. Ingat! FIGURES NEVER LIE.

Untung atau rugi ASB ini, bergantung kepada bagaimana anda melihat skim tersebut. Dalam kebanyakan perbandingan, ramai orang terlupa nak ambil kira faktor interest loan dan kenaikan BLR. Mereka hanya nampak nilai pelaburan ASB selepas matang 10-20 tahun sahaja.
Pada mereka ini, melabur guna loan asb dan melabur guna duit sendiri, tanpa guna loan adalah sama, kerana mereka melihat dari segi jumlah wang yang keluar dari poket mereka, tanpa mengambil kira faktor interest dan kenaikan BLR.
Tu yang kekadang kita lihat, penggemar ASB loan akan sentiasa menyokong penggunaan loan, tak kira berapa kadar interest, kerana pada mereka, kononnya mereka boleh jana duit dengan menggunakan duit orang (duit bank). Mereka langsung tidak menyedari bahawa, yang sebenarnya bank GUNA NAMA MEREKA untuk labur ke dalam ASB, pelaburan tanpa risiko yang beri pulangan jauh lebih tinggi dari Fixed Deposit dan Bon. Interbank deposit rates pun tak beri pulangan setinggi 7% setahun.
Tapi kalau anda fikirkan betul-betul, kalau anda untung buat asb loan, takkan bank pulak yang rugi? Bank tidak akan perkenalkan produk yang buat mereka rugi, betul tak? Habis kalau bank yang untung, takkan kita pulak yang rugi? Kalau interest 5.5% setahun anda kira masih untung, bagaimana kalau kadar interest naik kepada 10% nanti? Adakah anda masih untung? Ni lah soalan yang ramai penggemar loan ASB terkebil-kebil nak jawab, sebab pada mereka, asal guna ASB loan, untung sampai kiamat.
Sebenarnya, dalam pelaburan ASB menggunakan loan ini, kedua dua pihak untung. Bank untung sikit, anda pun untung sikit. Dividen yang anda perolehi dari ASB, akan dihakis sebahagiannya menjadi interest loan bank. Bila anda pinjam RM50,000 untuk ASB loan, memang la anda bayar balik RM50,000, tetapi sebahagian dividen ASB, anda kongsikan kepada bank dalam bentuk interest, kerana mereka advancedkan dulu duit mereka.
Sebagai perbandingan, mari kita lihat contoh ini.
* Loan amount: $50,000.00
* Loan tenure: 10 years or 120 months
* Interest rate: 6.25% per year or 0.5208% per month
* ASB returns: 7% per annum or 0.5833% per month
* Inflation is disregarded
* Time Value of Money Formulas are used
* All dividend incomes are not withdrawn at all
* Interests and ASB dividends are compounded monthly
Monthly repayments = RM 561.39
Total payments = RM 561.39 x 120 months = RM67,366.80 Jumlah interest berbayar = RM67,366.80 - RM50,000 = RM17,366.80
ASB RM50,000 yang dilabur dari awal tahun 1, bulan 1, selama 10 tahun (120 bulan) RM50,000 pada kadar 0.5833% sebulan Baki selepas 10 tahun = RM 100,479.07
Untung = RM100,479.07 - RM67,366.80 (modal asal) = RM 33,112.27
Jika anda tak guna loan (kerana tak suka berhutang), sebaliknya melabur sendiri RM 561.39 setiap bulan terus ke dalam ASB, Baki ASB selepas 10 tahun = RM 97,165.94
Untung = RM 97,165.94 - RM 67,366.80 (modal asal) = RM 29,799.14
Dari pandangan kasar, memang nampak melabur guna ASB loan memberi keuntungan lebih sedikit dari melabur sendiri (RM33,112.27 berbanding RM29,799.14). Tetapi, hasil ini adalah berdasarkan assumption yang telah dinyatakan dari awal tadi.
Tetapi yang perlu anda ingat sebagai pelabur ASB, adalah risiko kenaikan interest (BLR). Kalau 1 tahun anda membayar RM 561.39 sebulan, Total payment = RM561.39 x 12 bulan = RM 6,736.68.
Masuk tahun 2, interest loan ASB naik kepada 8% setahun, kerana kenaikan BLR (untuk kawal inflasi yang naik lagi), monthly repayment terbaru anda sepatutnya menjadi = RM 600.71 sebulan (berdasarkan baki terkini selepas 1 tahun bayaran).
Total payment untuk baki 9 tahun lagi = RM 600.71 x 108 bulan = RM 64,876.68
Total payment (modal asal) selama 20 tahun = RM 6,736.68 + RM 64,876.68 = RM 71,613.36
Ini menyebabkan keuntungan anda berubah kerana kenaikan interest BLR
RM100,479.07 (baki ASB selepas 10 tahun) - RM 71,613.36 (modal asal) Untung selepas kenaikan interest = RM 28,865.71
Hasil = Dah lah kena bayar lebih RM600.71 sebulan, untungnya lebih rendah berbanding orang yang labur sendiri RM561.39 sebulan. Semuanya gara-gara kenaikan interest loan ASB.
PALING MALANG SEKALI :-
Bila anda tak arif tentang kewangan / pakej pinjaman, loan ASB dah naik kepada 8% setahun, tapi anda masih bayar bulanan ikut interest 6.25% dulu (iaitu masih bayar RM561.39 sebulan, berbanding RM600.71 sepatutnya) kerana bank tak suruh anda tambah bayaran setelah kenaikan interest, loan ASB anda bukan selesai dalam 9 tahun (selepas kenaikan interest pada tahun ke2), sebaliknya akan selesai dalam masa 10 tahun (extra 1 tahun menjadi total 11 tahun, berbanding 10 tahun kontrak asal).
Ini kerana, anda membayar bulanan lebih rendah dari yang sepatutnya, menyebabkan lebih banyak ansuran bulanan anda dihakis oleh kenaikan interest.
Jadi, total payment yang sepatutnya menjadi RM71,613.36, menjadi RM73,818.38 kerana anda tak adjust jumlah monthly repayment selepas kenaikan interest.
Dah lah kena bayar sampai 11 tahun, ini menyebabkan keuntungan anda (RM 26,660.69) jauh lebih rendah dari keuntungan orang yang labur sendiri RM561.39 sebulan selama 10 tahun sahaja (untung RM 29,799.14).
KEPUTUSAN SAYA
----------------------
Memandangkan dari pengiraan dan scenario di atas, kita dapat lihat perbezaan keuntungan orang yang labur guna ASB loan dan orang yang labur sendiri terus ke ASB tanpa loan, tidak banyak bezanya (RM33,112.27 berbanding RM29,799.14), dengan keadaan ekonomi negara yang tidak menentu (kenaikan minyak dan kenaikan inflasi), risiko kenaikan interest (BLR naik) pada masa akan datang, membuatkan pilihan kedua, iaitu melabur terus ke ASB tanpa guna loan, nampak JAUH LEBIH SELAMAT. Figures never lie!
Perlu diingatkan, analisis di atas akan memberi hasil yang berbeza, jika input yang diguna-pakai berubah. Jika terdapat sebarang kesilapan, sila email saya semula untuk pembetulan.
"BERKHIDMAT UNTUK MASYARAKAT"
AZHA SYAZRI HJ AZIZAN (H/P: 012-2011-555) Manager - Insurance, Takaful & Investment (AFPM) Tekad Smart Planning Sdn. Bhd. (538317-K) A corporate agency with MAA Assurance, MAA Takaful & MAAKL Mutual Fund For reliable & trusted advice,

Fatwa ternak cacing
SUMBER: BERITA HARIAN (17/Julai/2008)
Penternakan haiwan eksotik seperti lintah dibenarkan: Majlis Fatwa
NILAI: Kegiatan penternakan haiwan eksotik seperti lintah dan cacing yang semakin mendapat sambutan ramai dibenarkan mengikut syarak, kata Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin.
Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas pihaknya mendapat kerjasama pelbagai pihak termasuk pakar haiwan bagi menjalankan kajian berhubung perkara berkenaan bagi mengelak kekeliruan di kalangan masyarakat.
"Selepas diteliti, jelas sekali perniagaan dan kegiatan penternakan haiwan seperti lintah dan cacing ini dibolehkan. lima angka ekoran permintaan semakin tinggi bagi menjadikannya baja organik, pemusnah sampah organik, bahan campuran dalam makanan ternakan dan pembuatan kosmetik.
"Umat Islam yang berhasrat menceburi bidang ini boleh teruskan hasrat mereka kerana daripada segi pemakanan haiwan itu juga tidak meragukan, malah penggunaannya untuk menghasilkan kosmetik juga didapati tidak timbul sebarang masalah," katanya ketika ditemui Berita Harian, di sini, baru-baru ini.
Selain menghasilkan baja kompos, cacing mempunyai protein yang boleh digunakan dalam perubatan dan kosmetik.
Wujud 1,800 spesies cacing, tetapi lima yang mudah ditemui adalah cacing merah (red worm); cacing harimau (tiger worm); cacing biru (blue worm) dan cacing malam (African night crawler). Harganya mampu cecah RM600 sekilogram selepas tempoh matang empat bulan.
Bagi lintah pula, ia makin popular digunakan sebagai bahan asal produk untuk kesihatan lelaki, wanita, kosmetik, pertanian dan ekstrak. Di Eropah, lintah digunakan untuk menghisap darah toksik seperti berbekam untuk menyedut darah kotor. Di Jepun teknik ini dipanggil Hirudo.
Air liur lintah mengandungi bahan bius, antipembekuan darah dan antibiotik. Lintah juga mempunyai bakteria yang dinamakan aeromonan hydrophila untuk mencerna darah dan menghasilkan bahan antibiotik untuk membunuh bakteria lain yang menyebabkan pembekuan.
Rawatan lintah boleh menormalkan dan membaik pulih kitaran kapilari, kesan antiinflamasi yang cepat dan melegakan tekanan.
Abdul Shukor berkata, Majlis Fatwa mula menjalankan kajian selepas ramai umat Islam mengemukakan soalan berhubung perkara itu berikutan pasaran dan kegiatan pemeliharaan dan perniagaan haiwan eksotik itu semakin berkembang kebelakangan ini.
"Majlis Fatwa berpendapat, dalam sesetengah perkara perlu bersikap positif kerana jika memandang serong kegiatan seumpama ini, umat Islam juga akhirnya akan rugi," katanya.

Pelawat dari luar negara ke ZAWS Agrotech penternak cacing Melaka
Pelawat dari Kedah ke ZAWS Agrotech penternak cacing Melaka
Lawatan ZAWS Agrotech ke Ladang Ternakan Ketam Nipah secara semulajadi.
Subscribe to:
Posts (Atom)